Wednesday, November 30, 2011

Makanan Berkhasiat Untuk Kanak-Kanak Prasekolah



Pemakanan kanak-kanak petatih dan pra-sekolah (2 hingga 6 tahun)

Pada usia 2 tahun, anak anda seharusnya sudah boleh makan makanan keluarga. Walau bagaimanapun, di tahap usia ini pertumbuhan anak anda adalah perlahan dan begitu juga selera makannya. Anda tidak harus bimbang. Anak anda perlukan lebih kasih sayang, kesabaran, perhatian dan galakan

Panduan pemakanan untuk kanak-kanak petatih dan pra-sekolah
Alam kanak-kanak adalah masa yang kritikal kerana ini adalah masa dimana mereka memupuk tabiat kesukaan kepada sesuatu makanan. Tabiat pemakanan yang betul perlu dititikberatkan di peringkat ini. Berikut adalah panduan untuk anda:

  • Berikan anak anda makanan seimbang mengikut Piramid Makanan Malaysia. Bukan setiap hidangan perlu mengandungi semua kumpulan makanan tetapi hidangan hendaklah seimbang dan mengandungi pelbagai jenis makanan setiap hari.
  • Pada usia ini, pengambilan susu berkurangan. Jadi, adalah penting untuk memberikan makanan yang sesuai daripada jenis makanan lain
  • Mulakan dengan memperkenalkan jadual waktu makan 3 kali sehari dan makanan snek antara waktu makan
  • Berikan susu semasa waktu snek. Anak anda mungkin rasa kenyang dan mungkin enggan makan jika susu diberi pada waktu makan utama.
  • Tambah jenis makanan baru secara perlahan-lahan agar anak anda tidak merasai pelbagai rasa pada masa yang sama.
  • Ketika memasak makanan untuk keluarga, asingkan sebahagian untuk anak anda sebelum menambahkan rempah ratus.

Pemakanan berpandukan piramid makanan

  • Makanan berkhasiat penting untuk anak anda kerana ia:
    • Membekalkan nutrien untuk perkembangan dan pertumbuhan
    • Membekalkan tenaga untuk aktiviti fizikal dan mental
    • Membantu dalam mengekalkan ketahanan badan terhadap jangkitan
    • Menyediakan bekalan nutrien yang cukup untuk keperluan pertumbuhan pada peringkat remaja.
  • Piramid Makanan Malaysia memberi panduan tentang bagaimana untuk mengimbangkan pengambilan makanan setiap hari. Makanan yang pelbagai membantu anak anda mendapat semua nutrien yang diperlukan.
  • Pilih gabungan makanan setiap hari berpandukan Piramid Makanan Malaysia


Rujuk Piramid Makanan Malaysia

Aras 1: Bijirin dan ubi-ubian

  • Beri anak anda lebih banyak makanan dari kumpulan ini.
  • Kumpulan makanan ini adalah sumber paling baik untuk karbohidrat yang membekalkan tenaga kepada anak anda.
  • Kumpulan ini juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan sejumlah protein.
  • Contoh : Nasi, mee, roti, pasta, bubur, capati dan biskut
  • Anak anda memerlukan 6 hingga 8 hidangan setiap hari.

Satu hidangan bijiran dan
sumber bijiran dan ubi

Bilangan hidangan sehari

2-3 Tahun

4-6 Tahun

1 Keping roti "whole meal"
1/2 Cawan Nasi
1/2 Capati
1 Cawan bubur
1 Biji sederhana kentang
Keping biskut - Krim Krakers masin

6*

8*

* Nota: Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.

Aras 2: Buah dan sayur

  • Berikan anak anda lebih makanan daripada kumpulan ini.
  • Ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada anak anda.
  • Anak anda perlukan sekurang - kurangnya 2 hidangan setiap hari.

Satu hidangan bijiran dan
sumber bijiran dan ubi

Bilangan hidangan sehari

2-3 Tahun

4-6 Tahun

1/2 Cawan sayur-sayuran hijau yang telah di masak
1/2 Cawan buah-buahan / sayur-sayuran

2*

2*

Satu hidangan buah-buahan

1/2 Biji jambu sederhana
1 Biji kecil atau sederhana buah oren, sejenis buah berwarna hijau (pear, epal)
1 saiz sederhana pisang
1 hiris betik, nenas, tembikai

1*

1*

* Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.

Aras 3: Ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan hasil tenusu

  • Anak anda harus mengambil makanan dalam kumpulan ini dalam kuantiti yang sederhana
  • Makanan dalam kumpulan ini membekalkan sumber protein, vitamin B dan mineral
  • Keperluan untuk anak anda ialah 2 hidangan untuk ikan, ayam, itik, daging dan ubi - ubian dan 2 hingga 3 hidangan untuk susu dan hasil tenusu setiap hari.

Satu hidangan ikan, ayam, itik, daging dan ubi-ubian.

Bilangan hidangan sehari

2-3 Tahun

4-6 Tahun

1 Potong sederhana "peha ayam"
1 Ekor ikan kembong sederhana
2 Ketul daging saiz kotak mancis
5 Sudu penuh ikan bilis tanpa kepala

Nota : 1 Ketul daging berukuran kotak mancis
= 1 Biji telur sederhana
= 1 Keping tempe
= 1 Keping tauhu
= 2 sudu makan mentega kacang
= 1/2 Cawan ubi-ubian / kacang yang telah dikeringkan
= 4 Ekor udang bersaiz kecil

2*

2*

Satu hidangan hasil tenusu

1 Gelas susu
1 Cawan dadih
1 Keping Keju

2 - 3 *

3 *

* Nota : Bilangan hidangan sehari bererti jumlah hidangan untuk semua jenis makanan dalam kumpulan makanan.

Aras 4: Lemak, minyak dan kumpulan gula

  • Pastikan anak anda kurangkan pengambilan daripada kumpulan makanan jenis ini.

Menggalakkan anak untuk makan.
Ibu atau penjaga harus menyelia anak semasa waktu makan, walaupun ketika mereka mempunyai selera yang baik. Ada banyak cara yang anda boleh lakukan untuk memberi galakan kepada anak anda untuk makan. Di antaranya ialah:

  • Duduk dengan anak semasa dia makan. Perhatikan apa yang dimakan dan berikan bantuan dan galakan semasa anak menikmati hidangan.
  • Berikan masa kepada anak anda menikmati hidangan mereka, jangan terburu -buru. Beri ruang untuk dia bermain sedikit semasa makan.
  • Beri pujian kepada anak anda kerana makan dengan baik..
  • Berikan anak anda makanan dalam bekas berasingan agar dia mendapat jumlah makanan secukupnya.
  • Berikan jenis makanan yang boleh dipegang atau diambil sendiri untuk menggalakkannya berdikari, tetapi pastikan jumlah makanan yang secukupnya diperolehi oleh anak anda
  • Jika anak anda memilih jenis makanan kegemarannya, cuba campurkan semua jenis makanan lain bersama makanan kegemarannya.
  • Berikan makanan sebaik sahaja anak anda berasa lapar. Jika anak anda menunggu terlalu lama untuk makan kemungkinan selera anak anda hilang
  • Jangan beri anak anda makan jika dia mengantuk
  • Jangan memaksa anak anda untuk makan. Ini boleh meningkatkan tekanan dan mungkin mengurangkan selera makan. Waktu makan seharusnya tenang dan menggembirakan.
  • Jangan berikan banyak minuman sebelum atau semasa anak anda menikmati hidangan kerana boleh mengganggu selera makannya.
  • Bermaian permainan semasa waktu makan untuk meningkatkan lagi selera anak untuk makan (menyanyi dan bermain)
  • Gunakan kreativiti anda dalam menghidangkan makanan kepada anak anda. Ia penting dalam membantu merangsang selera anak anda.
  • Sekali sekala bawalah anak anda makan diluar. Contoh :- di taman permainan atau di pantai.
  • Galakkan anak anda mengambil snek yang berkhasiat. Contoh: susu, buah dan sandwich
  • Elakkan daripada memberi snek terlau dekat dengan waktu makan utamanya.

info dari Kementerian Kesihatan.

Tuesday, November 29, 2011

Pendidikan Kanak-kanak

Aktiviti Mendengar Menghargai

Mendengar menghargai berhubung dengar mendengar yang tidak berat apabila keseronokan atau bersantai menjadi keutamaan. Mendengar rakaman, mendengar pengalaman kehidupan, menggunakan latarbelakang muzik mengiringi lagu kanak-kanak merupakan antara aktiviti yang boleh dilaksanakan. Terdapat aktiviti mendengar menghargai membina mod, menyentuh perasaan dan menambahkan dimensi pengalaman. Aktiviti mendengar menghargai termasuklah;

  • pergerakan muzik
  • membincangkan muzik, rentak dan bunyi
  • bercakap tentang bunyi yang digemari
  • bercakap tentang kegembiraan, kesedihan, atau rasa kecindan tentang bunyi yang dihasilkan.
  • hentak, tepuk atau bergerak ikut muzik atau nada pertuturan

Kanak-kanak sememangnya suka menyanyi. Secara tidak langsung membina perbendaharaan perkataan, memupuk kepekaan deria nada dalaman, membina kesedaran tentang nada suara dan intonasi, memahami konsep bahasa seperti lantang, lembut, cepat dan perlahan. Menyanyi dapat membina kemahiran ayat dan mengingat. Apabila kanak-kanak belajar sebarang lagu, mula-mula mereka akan belajar perkataan, kemudian rentak dan element yang lain. Lagu tradisional mengandungi banyak permainan suara dan pengulangan melodi dan corak nada. Muzik adalah membina bahasa.

Posted by Assoc. Prof. Dr Bustam Kamri, (Ed.D.) at 7:06 AM

KONGSI MAKLUMAT

Taksonomi Bloom

Saturday, November 19, 2011

CUTI SEKOLAH

JADIKAN CUTI KALI INI MASA UNTUK MEMANTAPKAN DIRI!!

Mahukan cuti sekolah yang bermakna untuk anak anda? Anda sedang memerhatikan sebuah program yang lain daripada Kem Motivasi biasa! Biarkan anak anda menjadi kanak-kanak & remaja yang lebih hebat! Biarkan mereka mengalami transformasi diri dan kemahiran yang bermanfaat!

PERSOALAN UNTUK ANDA!

· Anak anda selesa berbahasa Inggeris? Atau sekadar tahu menulisnya? Apa kata kita jadikan dia seorang yang selesa menulis, membaca, bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian?

· Anak anda gentar berbicara di hadapan khalayak ramai? Ingin mengubah kelemahan ini? Apa kata kita jadikan dia seorang yang yakin dan hebat berbicara serta mampu berpidato?!

· Anak anda lemah dalam akademik? Sukar memahami kenapa anak tidak mampu cemerlang di sekolah? Apa kata kita seimbangkan otak kanan dan kirinya serta jadikan dia seorang pelajar yang cemerlang?!

UNTUK MEMBIMBING ANAK ANDA, SERTAI PROGRAM CUTI SEKOLAH 2011 SEKARANG!

1. ENGLISH ZONE

EZ2Program ini direka khas untuk memudahkan peserta menyesuaikan diri dengan Bahasa Inggeris.

Dengan menggunakan pendekatan yang menyeronokkan, English Zone membebaskan peserta daripada rasa kekok menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.

Selain berbeza dengan kaedah di sekolah dan pusat tuisyen, English Zone juga menuntut pesertanya mempraktikkan ilmu sepanjang latihan dilaksanakan. Dan inilah yang menyebabkan English Zone telah melahirkan ramai pelajar yang yakin dan minat untuk berbahasa Inggeris


2. MISI BIJAK BERBICARA

MISI BIJAK BERBICARA pula lain ceritanya. Program ini diadun dan dicanai dengan aktiviti-aktiviti yang bakal menghilangkan perasaan takut dan gemuruh untuk berbicara. Dengan konsep santai dan selamba, para peserta bakal didedahkan dengan pengalaman yang menyeronokkan dalam dunia seni berbicara dan ini yang menyebabkan mereka akhirnya mampu menguasai kemahiran ini.

Mereka akan menyanyi, berlakon, berpidato dan pelbagai lagi aktiviti yang
menjurus ke arah menjana
kemahiran pengucapan awam yang padu. Sama ada anda percaya atau tidak, ramai ibu bapa yang terkejut dengan perubahan yang berlaku kepada anak mereka. Dari penakut jadi berani. Dari berkeyakinan menjadi berkemahiran berbicara!

3. BRILLIANT STUDENTS’ SKILLS

Kalau tadi lebih kepada kemahiran insaniah (softskills), program ini pula bersifat menajamkan minda yang tumpul dan memperkasakan kemahiran belajar yang lemah.

Pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang aktif otak kanan dan kirinya. Dan pelajar juga sukakan permainan (games).Apakah perkara yang menyeronokkan ibu bapa selain melihat anaknya semakin pintar? Dan apakah perkara yang menggembirakan hati pelajar selain bermain dan bermain. Jadi, inilah program yang memuaskan hati kedua-dua pihak.

SERTAILAH PROGRAM CUTI SEKOLAH

2011

SELAMAT BERCUTI



Selamat bercuti kepada semua murid dan guru-guru.

......SELAMAT BERCUTI...

Aktiviti Cuti Sekolah

Idea Ringkas Untuk Keseronokan Semasa Cuti

Dalam masyarakat yang berorientasikan bateri dan alat kawalan jauh masa kini, memang terdapat keperluan untuk balik semula ke keseronokan cara lama yang tidak perlu bayaran ataupun cuma memerlukan kos yang rendah. Lagipun, apakah yang akan kita lakukankan bagi membantu anak-anak dihiburkan sementara tenaga bateri sedang dicas oleh pengecas solar yang mana sedang menanti matahari untuk terbit? Disini ada beberapa idea yang boleh membantu anda menyediakan hiburan yang ringkas dan murah – sepertimana yang kita pernah alami semasa zaman kanak-kanak dahulu.

Berkuda Disekeliling Rumah
Didalam atau diluar rumah, kanak-kanak gemar bermain permainan jenis ‘kuda-kuda’ sesama mereka dan juga dengan orang dewasa. Biarkan mereka memanjat ke belakang anda dan bawa mereka menunggang, bergusti, menggeletek, permainan kejar-kejar atau merayap, ataupun bagi kanak-kanak yang kecil, timang mereka keatas dan kebawah dengan sebelah kaki – ia juga baik untuk kaki dan otot perut anda.

Bayang-bayang Di Dinding
Selepas makan malam, tutup lampu, nyalakan lilin atau suluh dengan lampu suluh, dan bentuklah makhluk-makhluk dari baying-bayang didinding.

Kain Tarpal
Ia biasanya boleh didapati dari kedai plastic atau kedai perkakas, biasanya dengan harga kurang dari $5 dengan saiz 5 kaki x 7 kaki persegi. Ianya boleh digunakan sebagai khemah atau pondok luar rumah, sebagai buaian tidur dengan memasukkan tali melalui relang penguat bibir lubang kecil yang telah tersedia dan kemudiannya mengikat tali tersebut diantara dua batang pokok, tiang dsb, sebagai tempat meluncur dengan mengalirkan paip air dan sedikit cecair cucian pinggan-mangkuk diatasnya untuk menjadikannya licin, sebagai penutup petak pasir , dan segala perkara imaginasi yang boleh anda fikirkan!

Petak lumpur
Kanak-kanak biasanya suka bermain didalam lumpur pada satu-satu tahap dalam hidup mereka. Malah saya juga pernah turut serta didalam permainan ini didalam petak Lumpur kami semasa kanak-kanak. Segala jenis alat permainan boleh dimain didalam petak lumpur ini, dari trak dan lori pengorek hinggalah kepada botol plastik bekas madu dan penyodok. Ketepi satu kawasan di belakang rumah anda untuk tujuan ini dimana anak-anak anda boleh mengorek dan boleh membuat bermain kotor mengikut kehendak hati mereka.

Timbunan kayu
Kanak-kanak juga boleh berseronok di tempat-tempat seperti ditimbunan kayu anda sekiranya anda mempunyainya. Mereka boleh olok-olok membuat pondok, denai, jambatan, trak, keretapi, kereta dsb.

Suratkabar Lama
Kita biasanya mempunyai himpunan surat-surat biasa atau suratkabar tempatan lama yang terdapat disekitar rumah, jadi sebelum anda mengumpulkannya untuk dikitar semula, lebih baik gunakannya untuk hiburan terlebih dahulu. Banyak permainan dan aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan suratkabar lama. Anda boleh membuat topi, kasut, pakaian dan sut daripada kertas, projek kertas dengan gam dinding. Anda boleh menggulungkannya menjadi ‘kayu’, ikat dengan benang atau pita selofan dan gunakan ‘kayu’ itu sebagai kayu pemukul bola, anda boleh juga membentangkan helaian-helaian suratkabar itu diatas lantai dan bermain ‘suratkabar musikal’, menggantikannya dengan kerusi, atau bermain permainan dimana helaian suratkabar itu semakin lama semakin mengecil dan anda perlu memuatkan seberapa ramai kanak-kanak yang boleh diatasnya.

Permainan ‘Olok-olok’ (Berlakon)
Kebanyakan kanak-kanak akan mengembangkan daya imaginasi mereka dengan bermain permainan ‘olok-olok’, dimana anda juga boleh menyertainya sebagai galakkan, dengan bertanya soalan-soalan yang berkaitan tentang apa yang mereka sedang lakukan dan apa yang sedang berlaku. Anda perlu menggalakkan kanak-kanak lain untuk memulakannya. Cuba duduk diatas kerusi panjang dengan sebiji bantal bulat sebagai stering kereta – lantai menjadi laut yang mempunyai ikan didalamnya dan anda olok-olok cuba untuk memancingnya. Kerusi panjang atau katil boleh juga menjadi trak, traktor, kereta, kolam mandi, satu pulau ditengah lautan, dapur olok-olok, dsb.

Mencuba Pakaian
Saya pasti kita semua pernah memainkan permainan ‘mencuba pakaian’ semasa kita kecil dahulu. Kumpul pakaian lama anda dan apa-apa sahaja pakaian yang anak anda akan ketawakan jika anda memakainya, letakkannya kedalam kotak atau kantung bersih. Disamping membiarkan sahaja anak-anak anda menyelongkar pakaian-pakaian tersebut, cuba cadangkan supaya mereka cuma memakai pakaian yang berwarna putih sahaja, berwarna biru sahaja, yang berbulu sahaja, dsb. Anda juga boleh merekod jangkamasa yang mereka ambil untuk berpakaian atau menukarkannya semula. Nenek dan datuk biasanya merupakan sumber yang terbaik untuk memperolehi pakaian-pakaian yang ‘melucukan’, jadi pastikan anda bertanya kepada mereka juga.

Kotak Besar
kanak-kanak sukakan kotak dan kotak-kotak itu boleh digunakan untuk banyak permainan imaginasi. Melihat semula kepada video anak lelaki pertama saya semasa dia berumur 14 bulan, saya perasan betapa terhiburnya dia dengan satu kotak kadbod besar yang dibuat dari bahan yang keras. Berulang kali dia memanjat sisi kotak tersebut, berjalan-jalan diatasnya dan kemudian melompat turun ke pelukkan ayahnya. Dia juga bersembunyi didalam kotak itu, dan juga telah ditolak mengelilingi ruang tamu didalamnya. Bagi kita, ia hanyalah sebuah kotak lama yang terbiar tetapi baginya ia merupakan permainan baru yang menarik.

Baldi dan Penyodok
Walaupun tiada petak pasir atau pantai yang kelihatan, kanak-kanak semuda usia enam bulan sangat suka melaga-lagakan baldi dan penyodok untuk mendapatkan bunyi. Ia juga boleh digunakan sebagai topi, untuk bermain ‘cak – cak’, untuk meletakkan barang-barang kedalamnya dan pastinya untuk bermain dipantai atau didalam tempat berpasir.

Hiburan Bola Getah
Sebiji bola getah kecil berharga kurang dari $2 merupakan satu alat permainan yang paling menyeronokkan untuk dimain (walaupun bagi orang dewasa). Ia melantun dengan baik pada apa-apa sahaja permukaan yang keras seperti lino, jubin dan lorong kereta. Adalah menakjubkan bagaimana sesuatu yang sekecilnya boleh menghiburkan seorang kanak-kanak untuk jangkamasa yang lama; melantun, bergolek, menangkap, dan melontarnya.

Keratan Rumput
Walau keratan rumput yang baru di timbun atau cuma terbiar merata-rata dilaman juga boleh menjadi sumber hiburan bagi kanak-kanak. Yang pasti mereka akan suka melemparkan keratan rumput itu diantara mereka, berguling diatasnya, menutup badan mereka dengannya dan membuat sesuatu menggunakannya.

Laluan Berhalangan Diwaktu Malam
Ia kedengaran sedikit berisiko tetapi ia telah memuaskan hati saya dan abang saya untuk beberapa ketika sebagai kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengadakan halangan-halangan tertentu di lorong ke ruang tamu, tutup semua lampu, dan kemudian cuba bergerak dari satu hujung ke hujung yang lain tanpa banyak tersadung ke perabot-perabot yang telah disusun tadi. Kami mempunyai kerusi meja makan, tangga dapur, satu atau dua bangku kaki, beberapa guni untuk menutup dan apa-apa sahaja yang kami boleh ‘pinjam’. Mulakan dengan lampu yang terpasang dan untuk menambahkan lagi cabarannya, tutup lampu.

Belon
Simpan satu beg berisi belon didalam almari sebagai alat penghibur segera. Hanya tiup separuh untuk kanak-kanak kecil dan sedikit lagi untuk kanak-kanak yang lebih besar. Sebagai kelainan daripada cara biasa iaitu menolaknya diudara, ikatkan benang ke belon itu dan kemudiannya hujung yang satu lagi ke pergelangan kaki anak anda, dan biarkan mereka berlari disekeliling tanpa meletupkannya.

Tiub Dalaman Tayar Lama
Jika anda boleh memperolehi tiub-tiub dalaman tayar lama, ianya boleh digunakan dalam pelbagai cara. Isikannya dengan angin untuk digunakan semasa musim salji, meluncur turun kawasan yang sedikit curam, untuk terapung dipantai atau didalam kolam mandi, dan juga boleh digunakan untuk laluan berhalangan.

Binatang Plastik
Hanya dengan harga beberapa ringgit, anda boleh membeli sepaket binatang-binatang plastic dari kebanyakan kedai-kedai alat permainan atau pasaraya. Ianya boleh digunakan didalam rumah ataupun membuat pen kecil dari ranting untuk binatang-binatang itu, mempamerkan mereka pada sekeping kayu hanyut atau didalam gubahan bunga, menerapungkan mereka didalam tub mandi atau kolam kecil, mengasingkannya mengikut kumpulan, membuat rumah-rumah kecil untuk mereka dengan menggunakan batu-bata, berolok-olok memberi mereka makan, untuk digunakan untuk perabot anak patung atau rumah anak patung, dsb. Ia adalah sesuatu alat permainan yang membuka imaginasi yang mana boleh menggalakkan penggunanya untuk melakukan banyak perkara-perkara yang berlainan kepadanya.

Pembersih Paip
Bermain dengan pembersih paip yang mempunyai pelbagai warna juga satu aktiviti yang menyeronokkan. Sekali lagi, ia boleh dibeli dengan harga satu atau dua ringgit sahaja apabila anda melakukan aktiviti membeli-belah disupermarket. Cubalah mencipta bentuk binatang dan manusia, atau apa-apa sahaja yang datang ke fikiran anda.

Menebang Pokok
Jika anda mempunyai peluang untuk mencantas atau menebang pokok didalam kawasan anda, kanak-kanak akan gemar bermain-main dengan ranting-rantingnya diatas tanah, mendirikan pondok, dsb. Pastikan mereka memakai kasut, seluar dan baju panjang untuk mengelakkan calar. Mereka juga gemar untuk memanjat tunggul-tunggul pokok yang tinggal.

Bermain ‘Kedai-Kedai’
Kumpul bungkusan kosong dari aktiviti membeli-belah anda seperti kotak bar muesli, kotak ubat gigi, kotak bijiran, botol shampu dsb dan mulalah membuka kedai anda. Anda boleh menulis harga dihujung setiap kotak atau bekas dan pamerkan semuanya seperti dikedai. Beri kepada anak anda duit kertas buatan sendiri, atau duit plastik olok-olok yang mana boleh dibeli dengan harga yang murah dari kedai barang permainan. Jika anda ada mempunyai dompet lama, mereka boleh menyimpan duit didalamnya dan kemudiannya melawat kedai buatan tadi untuk membeli sesuatu.

Membuat Kalungan Bunga Daisi
Satu lagi aktiviti fesyen lama yang telah kita buat sebagai kanak-kanak. Sekiranya taman anda tidak mempunyai sebarang pokok bunga daisi atau bunga ‘buttercup’, lawatilah kebun bunga atau hutan simpan dan sambil itu berkelahlah sekali.

Baldi
Baldi-baldi besar bersaiz 9L atau 10L adalah suatu permainan yang spontan bagi kanak-kanak. Mereka akan seronok membawa barang-barang disekeliling didalam baldi seperti bakul, gunakannya didalam kolam renang, petak pasir, atau petak lecak, gunakannya untuk membantu anda membuat kerja-kerja pembersihan atau berkebun, simpan barang-barang permainan didalamnya, atau duduk dan berdiri diatasnya.

Bermain Doh
Satu lagi kegemaran lama. Permainan doh boleh dibeli dalam pelbagai warna menarik dalam satu-satu tin dengan harga cuma beberapa ringgit sahaja, dari kebanyakan kedai-kedai mainan dan supermarket, ataupun lebih baik lagi, buat adunan doh anda sendiri. Sesetengah resepi perlu dimasak tetapi yang lain-lainnya tidak perlu. Tadika dan pusat mainan yang terletak berdekatan dengan rumah anda sudah pasti akan gembira untuk berkongsi resepi mereka bersama anda, ataupun rujuk kepada buku yang boleh dipinjam dari perpustakaan, ataupun rakan-rakan yang mempunyai anak-anak. Guna pemotong biskut, sudu plastik, pisau dsb untuk menjadikan permainan doh anda lebih menarik. Malah, walaupun telah dewasa, saya dapati adalah melegakan untuk duduk diam dan memain-mainkan doh.

Bekas Memasak
Ia merupakan satu idea yang sangat baik dan murah, terutama sekali ketika anda sedang berada didapur untuk membakar atau memasak makan malam, dan terdapat sikecil dikaki sedang mengekori. Sediakan satu kotak kadbod yang besar atau sederhana besar dan isikannya dengan paket barang-barang membakar kek atau biskut dan memasak, seperti kotak-kotak cili, koko, jeli dan puding segera, karton telur, bekas aiskrim atau mangkuk puding Krismas untuk ‘mengadun’ hasil kerja mereka, dan sudu plastik besar atau sudu hidangan lama untuk mereka gunakan untuk ‘menggaulnya’.

Friday, November 11, 2011

Info

PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara penting untuk membentuk corak pembelajaran masa hadapan yang lebih baik dan seimbang.

Justeru bukan sesuatu yang menghairankan apabila sesetengah kanak-kanak telah dihantar untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis seawal usia tiga tahun di pelbagai pusat pendidikan awal di Negara ini.
Menyedari kekurangan itu rangkaian Smart Reader Kids, pusat pendidikan awal kanak-kanak terulung, baru-baru ini melancarkan Program Biasiswa Pendidikan Kebangsaan Seorang Anak Sebesar Harapan.

Pelancaran program disempurnkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

tadika-1

Ibu-bapa memberikan pendidikan asas yang kukuh dapat menjamin masa depan anak-anak

Sememangnya menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu-bapa untuk memberikan pendidikan asas yang kukuh yang dapat menjamin masa depan anak-anak termasuk mereka yang kurang bernasib baik. Dimulakan sejak 2009 lagi bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat dengan adanya program tersebut setiap sekolah akan diberikan peruntukan sebanyak RM30 sebulan untuk seorang kanak-kanak. Peruntukan tersebut adalah untuk membiayai makanan, minuman dan perbelanjaan pengurusan.

Dalam usaha mengembangkan lagi program tersebut, hari ini dilancarkan untuk kanak-kanak di sekitar Lembah Klang dan khusus untuk kanak-kanak yang berumur tiga dan empat tahun.
Dengan adanya program ini diharap ia dapat memberi sinar harapan dan kegembiraan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk mendapat pendidikan awal berkualiti seperti kanak-kanak lain.

Dengan peluang pendidikan awal berkualiti mereka dapat meningkatkan keupayaan dari segi emosi, sosial, fizikal dan pembangunan kognitif tanpa mengambil kira latar belakang keluarga dan taraf sosio-ekonomi. Ini merupakan peluang terbaik kepada semua kanak-kanak kurang bernasib baik untuk bersama-sama menikmati suasana pembelajaran berkualiti.


sumber maklumat :portal pendidikan Utusan Malaysia

Thursday, November 3, 2011

CUBA UJI

Modul pentaksiran membaca

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA



Diucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA kepada semua yang mengunjungi blog ini.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA- maaf zahir & batin.

Semoga pengorbanan yang kita lakukan diterima oleh Allah. Amin...
Pengurusan ruang Prasekolah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...