Thursday, December 15, 2011

Langkah mengajar huruf ABC untuk Prasekolah

LANGKAH PENGAJARAN HURUF ABC (HURUF KECIL & BESAR)

Terdapat dua (2) jenis bentuk huruf iaitu :
(i) Huruf besar
(ii) Huruf kecil

Bagi mengajar huruf kecil dan besar terdapat lebih kurang tujuh (7) langkah pengajaran iaitu :
(i) Menyebut a b c secara teratur
(ii) Membentuk huruf
* Menulis di atas angin * Menulis dibelakang kawan * Menulis di atas pasir * Membentuk huruf dengan tanah liat * Menyurih huruf(iii) Mewarna huruf
(iv) Persamaan bentuk huruf
(v) Memadan huruf
* Antara huruf kecil dengan kecil * Antara huruf besar dengan besar * Antara huruf kecil dengan besar(vi) Menyusun / melengkapkan susunan huruf secara rawak
(vii) Memadan / memilih huruf dengan gambarajah
LANGKAH PENGAJARAN SUKU KATA
Terdapat tujuh (7) jenis suku kata iaitu :
(i) V (huruf vokal)
(ii) KV
(iii) KVK
(iv) KVKK
(v) Diftong
(vi) Konsonan Bergabung
(vii) Vokal Konsonan Bergabung
Bagi mengajar suku kata terdapat lebih kurang lima (5) langkah pengajaran iaitu :
(i) Mengeja suku kata
(ii) Membatangkan / Membunyikan suku kata
(iii) Mengaitkan suku kata dengan gambar yang sesuai
(iv) Memadan & memilih suku kata berdasarkan gambar
(v) Menulis suku kata berdasarkan gambar

LANGKAH PENGAJARAN PERKATAAN
Terdapat 28 jenis perkataan iaitu :
(i) KV+KV
(ii) V+KV
(iii) KV+KV+KV
(iv) KVK
(v) V+KVK
(vi) KV+KVK
(vii) KVK+KV
(viii) KVK+KVK
(ix) KV+KV+KVK
(x) KVK+KV+KVK
(xi) KVKK
(xii) KV+KVKK
(xiii) V+KVKK
(xiv) KVK+KVKK
(xv) KVKK+KV
(xvi) KVKK+KVK
(xvii) KVKK+KVKK
(xviii) KV+KV+KVKK
(xix) KV+KVK+KVKK
(xx) KVK+KV+KVKK
(xxi) KVKK+KV+KVK
(xxii) KV+KVKK+KVK
(xxiii) Diftong
(xxiv) Vokal Berganding
(xxv) Vokal Berganding (melibatkan 4 huruf 1 bunyi)
(xxvi) Konsonan Bergabung
(xxvii) Konsonan Bergabung (melibatkan 4 huruf 1 bunyi)
(xxviii) Vokal Konsonan Bergabung
Bagi mengajar perkataan terdapat lebih kurang sembilan (9) langkah pengajaran iaitu :
(i) Mempamirkan gambar
(ii) Mengeja dan membatangkan suku kata
(iii) Menggabungkan suku kata
(iv) Melengkapkan perkataan / suku kata tertinggal * suku kata awalan * suku kata pertengahan * suku kata akhiran
(v) Memadankan gambar berdasarkan perkataan
(vi) Menulis perkataan berdasarkan gambar(vii) Bacaan ayat mudah(viii) Melengkap / memadankan ayat berdasarkan gambar(ix) Ejaan dan penulisan

Nota : Bagi mana-mana perkataan yang hanya mempunyai satu bunyi seperti KVK, KVKK, Vokal
Berganding 4 huruf dan Konsonan Bergabung 4 huruf kaedah pengajaran adalah seperti
mana kaedah pengajaran suku kata.

Selain itu juga bagi kaedah "melengkapkan perkataan / suku kata tertinggal" adalah
bergantung kepada bilangan suku kata yang wujud di dalam sesuatu perkataan. Sekiranya
perkataan tersebut hanya melibatkan 2 suku kata aktiviti yang terlibat hanya lah "suku kata
awalan" dan "suku kata akhiran". "suku kata pertengahan" hanya wujud bagi perkataan-
perkataan yang melibatkan 3 suku kata.


LANGKAH PENGAJARAN MEMBINA AYAT MUDAH
Bagi mengajar membina ayat mudah terdapat lebih kurang enam (6) langkah pengajaran iaitu :
(i) Membaca ayat berdasarkan gambar
(ii) Memilih ayat mudah yang betul
(iii) Menggabungkan ayat menjadi ayat yang betul
(iv) Memilih ayat yang sesuai berdasarkan gambar
(v) Menyusun perkataan menjadi ayat yang betul
(vi) Membina ayat berdasarkan gambar

LANGKAH PENGAJARAN BACAAN PEMAHAMAN
Bagi mengajar bacaan pemahaman terdapat lebih kurang enam (6) langkah pengajaran iaitu :
(i) Membaca petikan karangan mudah
(ii) Menyusun ayat berdasarkan urutan bersiri
(iii) Melengkapkan perenggan karangan
(iv) Menyusun perenggan karangan
(v) Melengkapkan karangan mudah (mengisi tempat kosong)
Dicatat oleh ghazali abdul rahman di 11:54 PG 0 ulasan

Saturday, December 10, 2011

Mari mengeja KVK

Mengajar kanak-kanak membaca????????



Mengajar kanak-kanak membaca ada cabarannya yang tersendiri. Bukan semua individu sanggup melakukannya. Kalau tidak, tentu pusat-pusat membaca tidak perlu beroperasi.
Ibubapa yang bosan terus mengambil langkah mudah mengeluarkan sedikit belanja untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tuisyen.

Mujurlah kalau usaha mereka itu berjaya membantu anak-anak kesayangan itu membaca. Tapi bagi yang gagal, tentu rasa sakit hati. Maklumlah banyak duit, masa dan tenaga dihabiskan, tapi anak-anak mereka masih juga dalam kategori 'murid pemulihan'.

Guru-guru tadika dan pemulihan lain pula cabarannya. Bukan seorang dua pelajar yang perlu diberi perhatian.. tapi berpuluh-puluh! Kalau prestasi pelajar-pelajar tidak bertambah baik, guru besar mula bising, JPN mula masuk campur.. malah di parlimen pun sibuk perkatakan statistik murid LINUS dan pemulihan yang kian meningkat. Khabarnya kini dah pun mencecah 600 000 !

Aduhai.. garu kepala cikgu-cikgu kita!

Apa pun jangan panik! Kata orang.. jangan hanya sibuk menghitung berapa tinggi gunung yang nak didaki.. tapi terus mulakan dengan langkah pertama. Biar perlahan.. asalkan jangan berhenti!

Mengajar kanak-kanak membaca pun macam tu. Sentiasa ingat, kita bukan buat 'magic'.. mustahil boleh buat mereka membaca dalam sekelip mata. Jadi, ambillah masa..belajar untuk bersabar.. dan yang paling penting istiqamahlah. Teruskan usaha.. hari demi hari. InsyaAllah, bila lihat kesungguhan kita, Allah yang Maha Mengasihani tentu akan menunaikan hasrat kita untuk melihat anak-anak comel ini membaca.

Di samping itu, jenguk-jenguklah cara dan kaedah yang banyak dipasaran. Maklum sajalah.. kalau menumbuk cili menggunakan lesung, lambat laun pasti cili akan hancur juga. Tapi kalau guna 'blender', kan lebih senang. Lebih cepat cili hancur, lebih jimat masa dan tenaga.

Sama halnya dengan mengajar membaca. Kalau masih ajar mengeja, boleh juga. Zaman kita dulu-dulu pun cikgu ajar membaca dengan cara mengeja. Pandai juga kita membaca. Tapi hmm.. lambatlah. Maklumlah banyak sangat 'step'nya.

Zaman sekarang, serba-serbi orang nak cepat. Kanak-kanak umur 4 tahun pun ramai yang dah boleh membaca. Takkan kita masih nak guna kaedah lama. Zaman dah berubah.. dunia dah maju. Kaedah mengajar membaca pun elok juga kalau diubah. Jimat masa dan tenaga. Jadi, buka mata dan telinga.. jenguk-jenguklah kaedah terkini yang mungkin bakal memudahkan tugas kita melentur si rebung kesayangan...

Thursday, December 8, 2011

Seronok nye....Mari sama-sama baca cerita

Cerita pendek

Mari Membaca

KVKV

Wednesday, December 7, 2011

Nak kongsi bersama

Contoh Lembaran kerja
Pengurusan ruang Prasekolah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...