Wednesday, October 3, 2012


KAEDAH BERCERITA
DEFINISI
  • Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
  • Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
  • Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
  • Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

TUJUAN TEKNIK
  1. Menarik Minat murid
  2. Mengekalkan perhatian
  3. Membangkitkan ras ingin tahu

TEKNIK BERCERITA
  • Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.
  • Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.
  • Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar.
  • Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
  • Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
  • Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
  • Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
  • Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
  • Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
  • Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
  • Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
  • Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
  • Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.
  • Bercerita merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi audiens. Bercerita juga boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku (E.Greene : 1976).
  • Anne Pellowski (1990) menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak. Penceritaannya boleh disampaikan secara lisan atau dilagukan dengan iringan muzik, menggunakan gambar, sumber-sumber bercetak atau direkodkan secara mekanikal.
  •  Asal usul kegiatan bercerita tidak dapat dikesan kerana tidak ada dokumentasi yang formal. Namun demikian, cerita pertama yang pernah dikesan adalah di Mesir, iaitu cerita yang ditulis Papyrus 5500 tahun yang lampau dengan ungkapan “ Hari ini saya bercerita kepada anak  lelaki saya…”. Di Eropah pula lakaran idea ditemukan di atas daun nipah, dan cerita dikisahkan untuk mengembangkan agama. Di Greek pula, penulisan puisi dengan menggunakan muzik dikesan pada kulit belulang, manakala di India, cerita disampaikan dengan menggunakan kain yang mempunyai plot cerita Mahabarata dan Ramayana. Dalam suasana gelap, pencerita berdiri di hadapan kain yang dilakarkan dengan cerita dan dia bercerita berpandukan siri gambar dengan menggunakan lilin. Di Rantau Pasifik dan Afrika pula, cerita disampaikan dengan menggunakan tali dan di Australia pula, cerita menggunakan pasir.
  • Dalam tradisi lisan masyarakat Melayu, bercerita sering disampaikan dalam bentuk bersahaja secara berlagu atau dengan bahasa berirama serta diiringi dengan permainan alat muzik seperti rebab, serunai atau gendang (ada kalanya menggunakan batil atau belanga). Pencerita atau penglipur lara dalam seni bercerita Melayu silam dipanggil mengikut tajuk cerita yang disampaikan seperti Selampit atau Tok Selampit (selalunya bercerita menggunakan rebab). Ada juga digelar Awang Batil (bercerita menggunakan batil) atau Awang Belanga (bercerita menggunakan belanga). Ada kalanya pencerita digelar berdasarkan watak dalam cerita seperti Tok Jebang atau digelar tukang cerita sahaja. Satu lagi bentuk penceritaan dalam masyarakat Melayu tradisi ialah Wayang Kulit dan penceritanya dipanggil Tok Dalang (yang bercerita menggunakan patung wayang kulit).
  • Sebagai suatu seni, bercerita merupakan satu cabang seni yang tertua dan telah berkembang secara lisan serta diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.
  • Bercerita juga telah menjadi satu cara yang berkesan untuk berkomunikasai sambil berhibur. Selain itu, bercerita juga menjadi alat untuk memberikan:
    • pengajaran
    • pengetahuan
    • perkongsian pengalaman.
    • Sebagai kaedah pengajaran dalam bilik darjah, bercerita menepati kehendak objektif pengajaran dan pembelajaran, iaitu dapat:
      • meningkatkan kemahiran dan kecekapan berbahasa khususnya lisan, bacaan, penulisan dan kosa kata
      • memahami dan menghayati cerita
      • meningkatkan kemahiran mendengar
      • mencerna minda dan daya imaginasi serta menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
      • menambah pengalaman dan pengetahuan
      • menanam sikap cinta akan warisan budaya
      • menerapkan unsur nilai murni
      • memupuk rasa peka dan prihatin terhadap masyarakat sekeliling
      • mencungkil dan mengasuh bakat
      • membentuk insan yang harmoni dan seimbang
      • menggalakkan sumber rekreasi dan pembelajaran sepanjang hayat.

3.10  KAEDAH BERCERITA
Definisi
Cerita adalah satu susunan kejasian atau peristiwa yang berlaku sama ada benar-benar berlaku atau diciptakan
Bercerita dianggap sebagai satu cabang seni dan ia memainkan peranan penting sebagai sumber hiburan rakyat di samping alat pendidikan moral dan nilai di kalangan masyarakat

Ciri-ciri Penting

1.    Mencernakan daya kreatif dan imaginasi pelajar
2.    Melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya kemahiran lisan (mendengar dan bertutur)
3.    Menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi/mimik muka
4.    Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan kehidupan seharian
5.    Menggalakan pelajar mendengar cerita secara kritis supaya lebih berfikiran matang dan berketrampilan
Kemahiran bercerita

1. Prinsip-prinsip Panduan Penguasaan Kemahiran Bercerita
  • memilih cerita yang sesuai
  • menghafal isi-isi penting
  • sediakan alat bantu mengajar
  • kesediaan pelajar
  • murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru
  • mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi
  • pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir
  • pastikan suara jelas dan lantang
  • kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami isi cerita dengan lebih jelas
  • mengemukakan soalan semasa sesi bercerita kepada murid
  • ayat dan perkataan mudah difahami murid
  • disampaikan dengan gerak-geri secara semulajadi
  • aktiviti susulan
2. Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita
  • Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai
  • Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni
  • Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid
  • Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang diperuntukkan
  • Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya sekali
  • Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topeng-topeng
  • Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid
  • Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru
  • Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita
3. Sesi Bercerita
  • Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik
  • Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan membantu murid-murid memahami cerita
  • Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya
  • Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita
4. Penutup
  • Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita itu
5. Aktiviti penutup
  • Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan.
  • Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri.
  • Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita.
  • Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.
  • Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan didengar
Kemahiran Lisan:
  • Bahasa – mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan diulang-ulang
  • Suara – jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang dewasa, orang tua,haiwan)
  • Sebutan – jelas, tepat, kelajuan sesuai
  • Nada dan intonasi – sesuai dengan watak dan situasi
Kemahiran bukan lisan
  • Mimik muka – sesuai dengan emosi
  • Hubungan mata – untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan
  • Bahasa Badan – gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan
  • Peka dengan reaksi pendengar dan gangguan
KRITERIA PEMILIHAN CERITA
  1. Mempunyai mesej, pengajaran & nilai-nilai murni
  2. Tema yang mudah, menarik & sesuai dgn minat kanak-kanak
  3. Plot yang mudah, kronology & ‘happy ending’
  4. Bahasa yang mudah, pengulangan kata & ayat mudah / pendek
  5. Kosa kata baru dapat ditambah / dikembangkan
  6. Melibatkan watak kanak-kanak
  7. Menonjolkan watak yang boleh dicontohi
  8. Dapat meransangkan minda untuk idea kreatif (KBKK)
  9. Mudah dihafaz dan disampaikan dalam jangka masa pendek
  10. Bersifat universal

TEKNIK BERCERITA
Sesuai dengan:
  • Kebolehan kanak-kanak
  • Masa (tidak terlalu panjang)
  • Ruang dan tempat
  • Suasana
  • Persekitaran (tiada gangguan bising)
  • Peralatan cerita
  • Bentuk dan jenis cerita
  • Kemampuan pencerita

PERSEKITARAN BERCERITA
  • Dalam bilik prasekolah di Sudut Bercerita
  • Luar bilik darjah: di bawah pokok, di taman, di Pondok Prasekolah/Cerita

CONTOH TEKNIK BERCERITA
  1. Bercerita tanpa alat
  2. Bercerita berpandu
  3. Bercerita berdasarkan gambar bersiri
  4. Bercerita menggunakan bahan maujud
  5. Teka-teki
  6. Teater bercerita
  7. Boneka

CADANGAN PERALATAN BERCERITA
  1. Buku besar
  2. Beg bercerita
  3. Gambar bersiri
  4. Boneka
  5. Kad Cantuman
  6. Kostum
  7. Poster
  8. Topeng
  9. Alat muzik/audio/vcd dll.
Prosedur Menyediakan Peralatan Bercerita
  1. Sesuai dengan cerita dan objektif P&P
  2. Dibina daripada bahan yang mudah, murah, tahan lama
  3. Warna yang terang, menarik & merangsang indera
  4. Melibatkan pelbagai deria
  5. Tidak membahayakan kanak-kanak
  6. Penggunaan bahan maujud dan sumber alam
  7. Boleh dipelbagaikan kegunaan
  8. Mudah digunakan dan disimpan
Aktiviti Bercerita

Kemahiran Lisan:
  • Bahasa – mudah ke abstrak, kosa kata baru/ungkapan diulang-ulang
  • Suara – jelas, lantang, bervariasi (suara kanak-kanak, orang dewasa, orang tua,haiwan)
  • Sebutan – jelas, tepat, kelajuan sesuai
  • Nada dan intonasi – sesuai dengan watak dan situasi
Kemahiran bukan lisan
  • Mimik muka – sesuai dengan emosi
  • Hubungan mata – untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan
  • Bahasa Badan – gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan
  • Peka dengan reaksi pendengar dan gangguan

Perancangan dan Pengurusan Sesi Bercerita
  • Guru bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai
  • Tema cerita harus mengandungi nilai moral yang murni
  • Cerita hendaklah menarik dan perkataan yang digunakan hendaklah sesuai dengan pengalaman murid
  • Panjang atau pendek cerita hendaklah bergantung kepada masa yang diperuntukkan
  • Guru hendaklah menghafaz dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya sekali
  • Menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topeng-topeng
  • Soalan hendaklah disediakan untuk menguji kefahaman murid
  • Menyusun tempat duduk murid supaya memastikan semua murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru
  • Tempat bercerita hendaklah dihiaskan dengan alat-alatan seperti gambar-gambar yang sesuai dengan isi cerita
Sesi Bercerita
  • Dimulakan dengan suatu set induksi yang menarik
  • Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan membantu murid-murid memahami cerita
  • Pastikan setiap murid telah mengambil perhatian secara sepenuhnya
  • Gunakan soalan bimbing murid mengikuti perkembangan cerita
Penutup
  • Menbantu murid-murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam isi cerita itu
Aktiviti penutup
  • Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan.
  • Menyuruh murid-murid mengulung isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri.
  • Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita.
  • Membimbing murid-murid berlakon berdasarkan isi cerita yang disampaikan.
  • Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telan didengar

Ruang dan tempat  (PERSEKITARAN BERCERITA)
  • Dalam bilik prasekolah di Sudut Bercerita
  • Luar bilik darjah: di bawah pokok, di taman, di Pondok Prasekolah/Cerita
Masa (tidak terlalu panjang)
Persekitaran (tiada gangguan bising)

Thursday, December 15, 2011

Langkah mengajar huruf ABC untuk Prasekolah

LANGKAH PENGAJARAN HURUF ABC (HURUF KECIL & BESAR)

Terdapat dua (2) jenis bentuk huruf iaitu :
(i) Huruf besar
(ii) Huruf kecil

Bagi mengajar huruf kecil dan besar terdapat lebih kurang tujuh (7) langkah pengajaran iaitu :
(i) Menyebut a b c secara teratur
(ii) Membentuk huruf
* Menulis di atas angin * Menulis dibelakang kawan * Menulis di atas pasir * Membentuk huruf dengan tanah liat * Menyurih huruf(iii) Mewarna huruf
(iv) Persamaan bentuk huruf
(v) Memadan huruf
* Antara huruf kecil dengan kecil * Antara huruf besar dengan besar * Antara huruf kecil dengan besar(vi) Menyusun / melengkapkan susunan huruf secara rawak
(vii) Memadan / memilih huruf dengan gambarajah
LANGKAH PENGAJARAN SUKU KATA
Terdapat tujuh (7) jenis suku kata iaitu :
(i) V (huruf vokal)
(ii) KV
(iii) KVK
(iv) KVKK
(v) Diftong
(vi) Konsonan Bergabung
(vii) Vokal Konsonan Bergabung
Bagi mengajar suku kata terdapat lebih kurang lima (5) langkah pengajaran iaitu :
(i) Mengeja suku kata
(ii) Membatangkan / Membunyikan suku kata
(iii) Mengaitkan suku kata dengan gambar yang sesuai
(iv) Memadan & memilih suku kata berdasarkan gambar
(v) Menulis suku kata berdasarkan gambar

LANGKAH PENGAJARAN PERKATAAN
Terdapat 28 jenis perkataan iaitu :
(i) KV+KV
(ii) V+KV
(iii) KV+KV+KV
(iv) KVK
(v) V+KVK
(vi) KV+KVK
(vii) KVK+KV
(viii) KVK+KVK
(ix) KV+KV+KVK
(x) KVK+KV+KVK
(xi) KVKK
(xii) KV+KVKK
(xiii) V+KVKK
(xiv) KVK+KVKK
(xv) KVKK+KV
(xvi) KVKK+KVK
(xvii) KVKK+KVKK
(xviii) KV+KV+KVKK
(xix) KV+KVK+KVKK
(xx) KVK+KV+KVKK
(xxi) KVKK+KV+KVK
(xxii) KV+KVKK+KVK
(xxiii) Diftong
(xxiv) Vokal Berganding
(xxv) Vokal Berganding (melibatkan 4 huruf 1 bunyi)
(xxvi) Konsonan Bergabung
(xxvii) Konsonan Bergabung (melibatkan 4 huruf 1 bunyi)
(xxviii) Vokal Konsonan Bergabung
Bagi mengajar perkataan terdapat lebih kurang sembilan (9) langkah pengajaran iaitu :
(i) Mempamirkan gambar
(ii) Mengeja dan membatangkan suku kata
(iii) Menggabungkan suku kata
(iv) Melengkapkan perkataan / suku kata tertinggal * suku kata awalan * suku kata pertengahan * suku kata akhiran
(v) Memadankan gambar berdasarkan perkataan
(vi) Menulis perkataan berdasarkan gambar(vii) Bacaan ayat mudah(viii) Melengkap / memadankan ayat berdasarkan gambar(ix) Ejaan dan penulisan

Nota : Bagi mana-mana perkataan yang hanya mempunyai satu bunyi seperti KVK, KVKK, Vokal
Berganding 4 huruf dan Konsonan Bergabung 4 huruf kaedah pengajaran adalah seperti
mana kaedah pengajaran suku kata.

Selain itu juga bagi kaedah "melengkapkan perkataan / suku kata tertinggal" adalah
bergantung kepada bilangan suku kata yang wujud di dalam sesuatu perkataan. Sekiranya
perkataan tersebut hanya melibatkan 2 suku kata aktiviti yang terlibat hanya lah "suku kata
awalan" dan "suku kata akhiran". "suku kata pertengahan" hanya wujud bagi perkataan-
perkataan yang melibatkan 3 suku kata.


LANGKAH PENGAJARAN MEMBINA AYAT MUDAH
Bagi mengajar membina ayat mudah terdapat lebih kurang enam (6) langkah pengajaran iaitu :
(i) Membaca ayat berdasarkan gambar
(ii) Memilih ayat mudah yang betul
(iii) Menggabungkan ayat menjadi ayat yang betul
(iv) Memilih ayat yang sesuai berdasarkan gambar
(v) Menyusun perkataan menjadi ayat yang betul
(vi) Membina ayat berdasarkan gambar

LANGKAH PENGAJARAN BACAAN PEMAHAMAN
Bagi mengajar bacaan pemahaman terdapat lebih kurang enam (6) langkah pengajaran iaitu :
(i) Membaca petikan karangan mudah
(ii) Menyusun ayat berdasarkan urutan bersiri
(iii) Melengkapkan perenggan karangan
(iv) Menyusun perenggan karangan
(v) Melengkapkan karangan mudah (mengisi tempat kosong)
Dicatat oleh ghazali abdul rahman di 11:54 PG 0 ulasan

Saturday, December 10, 2011

Mari mengeja KVK

Mengajar kanak-kanak membaca????????



Mengajar kanak-kanak membaca ada cabarannya yang tersendiri. Bukan semua individu sanggup melakukannya. Kalau tidak, tentu pusat-pusat membaca tidak perlu beroperasi.
Ibubapa yang bosan terus mengambil langkah mudah mengeluarkan sedikit belanja untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tuisyen.

Mujurlah kalau usaha mereka itu berjaya membantu anak-anak kesayangan itu membaca. Tapi bagi yang gagal, tentu rasa sakit hati. Maklumlah banyak duit, masa dan tenaga dihabiskan, tapi anak-anak mereka masih juga dalam kategori 'murid pemulihan'.

Guru-guru tadika dan pemulihan lain pula cabarannya. Bukan seorang dua pelajar yang perlu diberi perhatian.. tapi berpuluh-puluh! Kalau prestasi pelajar-pelajar tidak bertambah baik, guru besar mula bising, JPN mula masuk campur.. malah di parlimen pun sibuk perkatakan statistik murid LINUS dan pemulihan yang kian meningkat. Khabarnya kini dah pun mencecah 600 000 !

Aduhai.. garu kepala cikgu-cikgu kita!

Apa pun jangan panik! Kata orang.. jangan hanya sibuk menghitung berapa tinggi gunung yang nak didaki.. tapi terus mulakan dengan langkah pertama. Biar perlahan.. asalkan jangan berhenti!

Mengajar kanak-kanak membaca pun macam tu. Sentiasa ingat, kita bukan buat 'magic'.. mustahil boleh buat mereka membaca dalam sekelip mata. Jadi, ambillah masa..belajar untuk bersabar.. dan yang paling penting istiqamahlah. Teruskan usaha.. hari demi hari. InsyaAllah, bila lihat kesungguhan kita, Allah yang Maha Mengasihani tentu akan menunaikan hasrat kita untuk melihat anak-anak comel ini membaca.

Di samping itu, jenguk-jenguklah cara dan kaedah yang banyak dipasaran. Maklum sajalah.. kalau menumbuk cili menggunakan lesung, lambat laun pasti cili akan hancur juga. Tapi kalau guna 'blender', kan lebih senang. Lebih cepat cili hancur, lebih jimat masa dan tenaga.

Sama halnya dengan mengajar membaca. Kalau masih ajar mengeja, boleh juga. Zaman kita dulu-dulu pun cikgu ajar membaca dengan cara mengeja. Pandai juga kita membaca. Tapi hmm.. lambatlah. Maklumlah banyak sangat 'step'nya.

Zaman sekarang, serba-serbi orang nak cepat. Kanak-kanak umur 4 tahun pun ramai yang dah boleh membaca. Takkan kita masih nak guna kaedah lama. Zaman dah berubah.. dunia dah maju. Kaedah mengajar membaca pun elok juga kalau diubah. Jimat masa dan tenaga. Jadi, buka mata dan telinga.. jenguk-jenguklah kaedah terkini yang mungkin bakal memudahkan tugas kita melentur si rebung kesayangan...

Thursday, December 8, 2011

Seronok nye....Mari sama-sama baca cerita

Cerita pendek

Mari Membaca

KVKV
Pengurusan ruang Prasekolah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...