Saturday, December 10, 2011

Mengajar kanak-kanak membaca????????



Mengajar kanak-kanak membaca ada cabarannya yang tersendiri. Bukan semua individu sanggup melakukannya. Kalau tidak, tentu pusat-pusat membaca tidak perlu beroperasi.
Ibubapa yang bosan terus mengambil langkah mudah mengeluarkan sedikit belanja untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tuisyen.

Mujurlah kalau usaha mereka itu berjaya membantu anak-anak kesayangan itu membaca. Tapi bagi yang gagal, tentu rasa sakit hati. Maklumlah banyak duit, masa dan tenaga dihabiskan, tapi anak-anak mereka masih juga dalam kategori 'murid pemulihan'.

Guru-guru tadika dan pemulihan lain pula cabarannya. Bukan seorang dua pelajar yang perlu diberi perhatian.. tapi berpuluh-puluh! Kalau prestasi pelajar-pelajar tidak bertambah baik, guru besar mula bising, JPN mula masuk campur.. malah di parlimen pun sibuk perkatakan statistik murid LINUS dan pemulihan yang kian meningkat. Khabarnya kini dah pun mencecah 600 000 !

Aduhai.. garu kepala cikgu-cikgu kita!

Apa pun jangan panik! Kata orang.. jangan hanya sibuk menghitung berapa tinggi gunung yang nak didaki.. tapi terus mulakan dengan langkah pertama. Biar perlahan.. asalkan jangan berhenti!

Mengajar kanak-kanak membaca pun macam tu. Sentiasa ingat, kita bukan buat 'magic'.. mustahil boleh buat mereka membaca dalam sekelip mata. Jadi, ambillah masa..belajar untuk bersabar.. dan yang paling penting istiqamahlah. Teruskan usaha.. hari demi hari. InsyaAllah, bila lihat kesungguhan kita, Allah yang Maha Mengasihani tentu akan menunaikan hasrat kita untuk melihat anak-anak comel ini membaca.

Di samping itu, jenguk-jenguklah cara dan kaedah yang banyak dipasaran. Maklum sajalah.. kalau menumbuk cili menggunakan lesung, lambat laun pasti cili akan hancur juga. Tapi kalau guna 'blender', kan lebih senang. Lebih cepat cili hancur, lebih jimat masa dan tenaga.

Sama halnya dengan mengajar membaca. Kalau masih ajar mengeja, boleh juga. Zaman kita dulu-dulu pun cikgu ajar membaca dengan cara mengeja. Pandai juga kita membaca. Tapi hmm.. lambatlah. Maklumlah banyak sangat 'step'nya.

Zaman sekarang, serba-serbi orang nak cepat. Kanak-kanak umur 4 tahun pun ramai yang dah boleh membaca. Takkan kita masih nak guna kaedah lama. Zaman dah berubah.. dunia dah maju. Kaedah mengajar membaca pun elok juga kalau diubah. Jimat masa dan tenaga. Jadi, buka mata dan telinga.. jenguk-jenguklah kaedah terkini yang mungkin bakal memudahkan tugas kita melentur si rebung kesayangan...

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Pengurusan ruang Prasekolah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...