Tuesday, October 18, 2011
Monday, October 17, 2011
Vitamin 1 Malaysia Untuk Murid Sekolah Rendah

BERITA BAIK UNTUK MURID SEKOLAH RENDAH
KOTA BHARU 29 Sept. - Kerajaan akan melaksanakan Program Vitamin 1Malaysia bermula Oktober ini dalam usaha meningkatkan pembangunan mental dan mengukuhkan sistem imunisasi murid sekolah rendah golongan miskin di negara ini.
"Melalui program itu, Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menyediakan multi vitamin berbentuk tablet dan berperisa nenas untuk murid terbabit.
"Bagaimanapun, hanya sekolah yang terlibat dengan rancangan makanan tambahan (RMT) terutama di kawasan luar bandar sahaja akan terbabit dengan program ini,” katanya, di sini hari ini.
Beliau berkata, program itu akan dilaksanakan untuk tempoh dua tahun sehingga 30 September 2013, dan setiap murid akan diberi multi vitamin tiga kali seminggu di bawah pemantauan guru. - Bernama
Sunday, October 16, 2011
Sunday, October 9, 2011
KAEDAH CEPAT MEMBACA
Dapatan dari Unit sekolah Kedah Cepat Membaca ( Untuk dikongsi bersama buat rujukan untuk guru). Sudi-sudikanlah.....
Kaedah Cepat Membaca dan Menulis (KACEMM) merupakan bahan inovasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Ianya boleh diperolehi memalui CD Interaktif KPM ataupun boleh dimuat turun melalui laman web Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.
http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/home/
klik untuk besarkan1. Muat turun dari laman BTP
2. Simpan pada cakera keras anda C:
3. file yang di muat turun adalah dalam format zip...kacemm.zip
4. Right click pada icon kacemm.zip. Anda perlu exctract file( exctract to folder kacemm) sehingga proses selesai
5. Kemudian cari folder kacemm
6. Dapatkan icon kacemm.zip
7.Right clik - send to - desktop create short cut.

8. Icon kacemm terpapar pada desktop anda. Anda sudah boleh memulakan program kacemm
Kebaikan:- Pembelajaran lebih interaktif
- Program pemulihan untuk kanak-kanak yang lemah
- Merangkumi kemahiran membaca dan menulis daripada pengenalan abjad sehingga bacaan.
- Terdapat banyak latihan dan permainan yang menyeronokkan.
