Saturday, November 19, 2011

Aktiviti Cuti Sekolah

Idea Ringkas Untuk Keseronokan Semasa Cuti

Dalam masyarakat yang berorientasikan bateri dan alat kawalan jauh masa kini, memang terdapat keperluan untuk balik semula ke keseronokan cara lama yang tidak perlu bayaran ataupun cuma memerlukan kos yang rendah. Lagipun, apakah yang akan kita lakukankan bagi membantu anak-anak dihiburkan sementara tenaga bateri sedang dicas oleh pengecas solar yang mana sedang menanti matahari untuk terbit? Disini ada beberapa idea yang boleh membantu anda menyediakan hiburan yang ringkas dan murah – sepertimana yang kita pernah alami semasa zaman kanak-kanak dahulu.

Berkuda Disekeliling Rumah
Didalam atau diluar rumah, kanak-kanak gemar bermain permainan jenis ‘kuda-kuda’ sesama mereka dan juga dengan orang dewasa. Biarkan mereka memanjat ke belakang anda dan bawa mereka menunggang, bergusti, menggeletek, permainan kejar-kejar atau merayap, ataupun bagi kanak-kanak yang kecil, timang mereka keatas dan kebawah dengan sebelah kaki – ia juga baik untuk kaki dan otot perut anda.

Bayang-bayang Di Dinding
Selepas makan malam, tutup lampu, nyalakan lilin atau suluh dengan lampu suluh, dan bentuklah makhluk-makhluk dari baying-bayang didinding.

Kain Tarpal
Ia biasanya boleh didapati dari kedai plastic atau kedai perkakas, biasanya dengan harga kurang dari $5 dengan saiz 5 kaki x 7 kaki persegi. Ianya boleh digunakan sebagai khemah atau pondok luar rumah, sebagai buaian tidur dengan memasukkan tali melalui relang penguat bibir lubang kecil yang telah tersedia dan kemudiannya mengikat tali tersebut diantara dua batang pokok, tiang dsb, sebagai tempat meluncur dengan mengalirkan paip air dan sedikit cecair cucian pinggan-mangkuk diatasnya untuk menjadikannya licin, sebagai penutup petak pasir , dan segala perkara imaginasi yang boleh anda fikirkan!

Petak lumpur
Kanak-kanak biasanya suka bermain didalam lumpur pada satu-satu tahap dalam hidup mereka. Malah saya juga pernah turut serta didalam permainan ini didalam petak Lumpur kami semasa kanak-kanak. Segala jenis alat permainan boleh dimain didalam petak lumpur ini, dari trak dan lori pengorek hinggalah kepada botol plastik bekas madu dan penyodok. Ketepi satu kawasan di belakang rumah anda untuk tujuan ini dimana anak-anak anda boleh mengorek dan boleh membuat bermain kotor mengikut kehendak hati mereka.

Timbunan kayu
Kanak-kanak juga boleh berseronok di tempat-tempat seperti ditimbunan kayu anda sekiranya anda mempunyainya. Mereka boleh olok-olok membuat pondok, denai, jambatan, trak, keretapi, kereta dsb.

Suratkabar Lama
Kita biasanya mempunyai himpunan surat-surat biasa atau suratkabar tempatan lama yang terdapat disekitar rumah, jadi sebelum anda mengumpulkannya untuk dikitar semula, lebih baik gunakannya untuk hiburan terlebih dahulu. Banyak permainan dan aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan suratkabar lama. Anda boleh membuat topi, kasut, pakaian dan sut daripada kertas, projek kertas dengan gam dinding. Anda boleh menggulungkannya menjadi ‘kayu’, ikat dengan benang atau pita selofan dan gunakan ‘kayu’ itu sebagai kayu pemukul bola, anda boleh juga membentangkan helaian-helaian suratkabar itu diatas lantai dan bermain ‘suratkabar musikal’, menggantikannya dengan kerusi, atau bermain permainan dimana helaian suratkabar itu semakin lama semakin mengecil dan anda perlu memuatkan seberapa ramai kanak-kanak yang boleh diatasnya.

Permainan ‘Olok-olok’ (Berlakon)
Kebanyakan kanak-kanak akan mengembangkan daya imaginasi mereka dengan bermain permainan ‘olok-olok’, dimana anda juga boleh menyertainya sebagai galakkan, dengan bertanya soalan-soalan yang berkaitan tentang apa yang mereka sedang lakukan dan apa yang sedang berlaku. Anda perlu menggalakkan kanak-kanak lain untuk memulakannya. Cuba duduk diatas kerusi panjang dengan sebiji bantal bulat sebagai stering kereta – lantai menjadi laut yang mempunyai ikan didalamnya dan anda olok-olok cuba untuk memancingnya. Kerusi panjang atau katil boleh juga menjadi trak, traktor, kereta, kolam mandi, satu pulau ditengah lautan, dapur olok-olok, dsb.

Mencuba Pakaian
Saya pasti kita semua pernah memainkan permainan ‘mencuba pakaian’ semasa kita kecil dahulu. Kumpul pakaian lama anda dan apa-apa sahaja pakaian yang anak anda akan ketawakan jika anda memakainya, letakkannya kedalam kotak atau kantung bersih. Disamping membiarkan sahaja anak-anak anda menyelongkar pakaian-pakaian tersebut, cuba cadangkan supaya mereka cuma memakai pakaian yang berwarna putih sahaja, berwarna biru sahaja, yang berbulu sahaja, dsb. Anda juga boleh merekod jangkamasa yang mereka ambil untuk berpakaian atau menukarkannya semula. Nenek dan datuk biasanya merupakan sumber yang terbaik untuk memperolehi pakaian-pakaian yang ‘melucukan’, jadi pastikan anda bertanya kepada mereka juga.

Kotak Besar
kanak-kanak sukakan kotak dan kotak-kotak itu boleh digunakan untuk banyak permainan imaginasi. Melihat semula kepada video anak lelaki pertama saya semasa dia berumur 14 bulan, saya perasan betapa terhiburnya dia dengan satu kotak kadbod besar yang dibuat dari bahan yang keras. Berulang kali dia memanjat sisi kotak tersebut, berjalan-jalan diatasnya dan kemudian melompat turun ke pelukkan ayahnya. Dia juga bersembunyi didalam kotak itu, dan juga telah ditolak mengelilingi ruang tamu didalamnya. Bagi kita, ia hanyalah sebuah kotak lama yang terbiar tetapi baginya ia merupakan permainan baru yang menarik.

Baldi dan Penyodok
Walaupun tiada petak pasir atau pantai yang kelihatan, kanak-kanak semuda usia enam bulan sangat suka melaga-lagakan baldi dan penyodok untuk mendapatkan bunyi. Ia juga boleh digunakan sebagai topi, untuk bermain ‘cak – cak’, untuk meletakkan barang-barang kedalamnya dan pastinya untuk bermain dipantai atau didalam tempat berpasir.

Hiburan Bola Getah
Sebiji bola getah kecil berharga kurang dari $2 merupakan satu alat permainan yang paling menyeronokkan untuk dimain (walaupun bagi orang dewasa). Ia melantun dengan baik pada apa-apa sahaja permukaan yang keras seperti lino, jubin dan lorong kereta. Adalah menakjubkan bagaimana sesuatu yang sekecilnya boleh menghiburkan seorang kanak-kanak untuk jangkamasa yang lama; melantun, bergolek, menangkap, dan melontarnya.

Keratan Rumput
Walau keratan rumput yang baru di timbun atau cuma terbiar merata-rata dilaman juga boleh menjadi sumber hiburan bagi kanak-kanak. Yang pasti mereka akan suka melemparkan keratan rumput itu diantara mereka, berguling diatasnya, menutup badan mereka dengannya dan membuat sesuatu menggunakannya.

Laluan Berhalangan Diwaktu Malam
Ia kedengaran sedikit berisiko tetapi ia telah memuaskan hati saya dan abang saya untuk beberapa ketika sebagai kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengadakan halangan-halangan tertentu di lorong ke ruang tamu, tutup semua lampu, dan kemudian cuba bergerak dari satu hujung ke hujung yang lain tanpa banyak tersadung ke perabot-perabot yang telah disusun tadi. Kami mempunyai kerusi meja makan, tangga dapur, satu atau dua bangku kaki, beberapa guni untuk menutup dan apa-apa sahaja yang kami boleh ‘pinjam’. Mulakan dengan lampu yang terpasang dan untuk menambahkan lagi cabarannya, tutup lampu.

Belon
Simpan satu beg berisi belon didalam almari sebagai alat penghibur segera. Hanya tiup separuh untuk kanak-kanak kecil dan sedikit lagi untuk kanak-kanak yang lebih besar. Sebagai kelainan daripada cara biasa iaitu menolaknya diudara, ikatkan benang ke belon itu dan kemudiannya hujung yang satu lagi ke pergelangan kaki anak anda, dan biarkan mereka berlari disekeliling tanpa meletupkannya.

Tiub Dalaman Tayar Lama
Jika anda boleh memperolehi tiub-tiub dalaman tayar lama, ianya boleh digunakan dalam pelbagai cara. Isikannya dengan angin untuk digunakan semasa musim salji, meluncur turun kawasan yang sedikit curam, untuk terapung dipantai atau didalam kolam mandi, dan juga boleh digunakan untuk laluan berhalangan.

Binatang Plastik
Hanya dengan harga beberapa ringgit, anda boleh membeli sepaket binatang-binatang plastic dari kebanyakan kedai-kedai alat permainan atau pasaraya. Ianya boleh digunakan didalam rumah ataupun membuat pen kecil dari ranting untuk binatang-binatang itu, mempamerkan mereka pada sekeping kayu hanyut atau didalam gubahan bunga, menerapungkan mereka didalam tub mandi atau kolam kecil, mengasingkannya mengikut kumpulan, membuat rumah-rumah kecil untuk mereka dengan menggunakan batu-bata, berolok-olok memberi mereka makan, untuk digunakan untuk perabot anak patung atau rumah anak patung, dsb. Ia adalah sesuatu alat permainan yang membuka imaginasi yang mana boleh menggalakkan penggunanya untuk melakukan banyak perkara-perkara yang berlainan kepadanya.

Pembersih Paip
Bermain dengan pembersih paip yang mempunyai pelbagai warna juga satu aktiviti yang menyeronokkan. Sekali lagi, ia boleh dibeli dengan harga satu atau dua ringgit sahaja apabila anda melakukan aktiviti membeli-belah disupermarket. Cubalah mencipta bentuk binatang dan manusia, atau apa-apa sahaja yang datang ke fikiran anda.

Menebang Pokok
Jika anda mempunyai peluang untuk mencantas atau menebang pokok didalam kawasan anda, kanak-kanak akan gemar bermain-main dengan ranting-rantingnya diatas tanah, mendirikan pondok, dsb. Pastikan mereka memakai kasut, seluar dan baju panjang untuk mengelakkan calar. Mereka juga gemar untuk memanjat tunggul-tunggul pokok yang tinggal.

Bermain ‘Kedai-Kedai’
Kumpul bungkusan kosong dari aktiviti membeli-belah anda seperti kotak bar muesli, kotak ubat gigi, kotak bijiran, botol shampu dsb dan mulalah membuka kedai anda. Anda boleh menulis harga dihujung setiap kotak atau bekas dan pamerkan semuanya seperti dikedai. Beri kepada anak anda duit kertas buatan sendiri, atau duit plastik olok-olok yang mana boleh dibeli dengan harga yang murah dari kedai barang permainan. Jika anda ada mempunyai dompet lama, mereka boleh menyimpan duit didalamnya dan kemudiannya melawat kedai buatan tadi untuk membeli sesuatu.

Membuat Kalungan Bunga Daisi
Satu lagi aktiviti fesyen lama yang telah kita buat sebagai kanak-kanak. Sekiranya taman anda tidak mempunyai sebarang pokok bunga daisi atau bunga ‘buttercup’, lawatilah kebun bunga atau hutan simpan dan sambil itu berkelahlah sekali.

Baldi
Baldi-baldi besar bersaiz 9L atau 10L adalah suatu permainan yang spontan bagi kanak-kanak. Mereka akan seronok membawa barang-barang disekeliling didalam baldi seperti bakul, gunakannya didalam kolam renang, petak pasir, atau petak lecak, gunakannya untuk membantu anda membuat kerja-kerja pembersihan atau berkebun, simpan barang-barang permainan didalamnya, atau duduk dan berdiri diatasnya.

Bermain Doh
Satu lagi kegemaran lama. Permainan doh boleh dibeli dalam pelbagai warna menarik dalam satu-satu tin dengan harga cuma beberapa ringgit sahaja, dari kebanyakan kedai-kedai mainan dan supermarket, ataupun lebih baik lagi, buat adunan doh anda sendiri. Sesetengah resepi perlu dimasak tetapi yang lain-lainnya tidak perlu. Tadika dan pusat mainan yang terletak berdekatan dengan rumah anda sudah pasti akan gembira untuk berkongsi resepi mereka bersama anda, ataupun rujuk kepada buku yang boleh dipinjam dari perpustakaan, ataupun rakan-rakan yang mempunyai anak-anak. Guna pemotong biskut, sudu plastik, pisau dsb untuk menjadikan permainan doh anda lebih menarik. Malah, walaupun telah dewasa, saya dapati adalah melegakan untuk duduk diam dan memain-mainkan doh.

Bekas Memasak
Ia merupakan satu idea yang sangat baik dan murah, terutama sekali ketika anda sedang berada didapur untuk membakar atau memasak makan malam, dan terdapat sikecil dikaki sedang mengekori. Sediakan satu kotak kadbod yang besar atau sederhana besar dan isikannya dengan paket barang-barang membakar kek atau biskut dan memasak, seperti kotak-kotak cili, koko, jeli dan puding segera, karton telur, bekas aiskrim atau mangkuk puding Krismas untuk ‘mengadun’ hasil kerja mereka, dan sudu plastik besar atau sudu hidangan lama untuk mereka gunakan untuk ‘menggaulnya’.

No comments:

Post a Comment

Pengurusan ruang Prasekolah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...