Friday, November 11, 2011

Info

PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara penting untuk membentuk corak pembelajaran masa hadapan yang lebih baik dan seimbang.

Justeru bukan sesuatu yang menghairankan apabila sesetengah kanak-kanak telah dihantar untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis seawal usia tiga tahun di pelbagai pusat pendidikan awal di Negara ini.
Menyedari kekurangan itu rangkaian Smart Reader Kids, pusat pendidikan awal kanak-kanak terulung, baru-baru ini melancarkan Program Biasiswa Pendidikan Kebangsaan Seorang Anak Sebesar Harapan.

Pelancaran program disempurnkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

tadika-1

Ibu-bapa memberikan pendidikan asas yang kukuh dapat menjamin masa depan anak-anak

Sememangnya menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu-bapa untuk memberikan pendidikan asas yang kukuh yang dapat menjamin masa depan anak-anak termasuk mereka yang kurang bernasib baik. Dimulakan sejak 2009 lagi bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat dengan adanya program tersebut setiap sekolah akan diberikan peruntukan sebanyak RM30 sebulan untuk seorang kanak-kanak. Peruntukan tersebut adalah untuk membiayai makanan, minuman dan perbelanjaan pengurusan.

Dalam usaha mengembangkan lagi program tersebut, hari ini dilancarkan untuk kanak-kanak di sekitar Lembah Klang dan khusus untuk kanak-kanak yang berumur tiga dan empat tahun.
Dengan adanya program ini diharap ia dapat memberi sinar harapan dan kegembiraan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk mendapat pendidikan awal berkualiti seperti kanak-kanak lain.

Dengan peluang pendidikan awal berkualiti mereka dapat meningkatkan keupayaan dari segi emosi, sosial, fizikal dan pembangunan kognitif tanpa mengambil kira latar belakang keluarga dan taraf sosio-ekonomi. Ini merupakan peluang terbaik kepada semua kanak-kanak kurang bernasib baik untuk bersama-sama menikmati suasana pembelajaran berkualiti.


sumber maklumat :portal pendidikan Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Pengurusan ruang Prasekolah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...